Variasi HAMR FN SCAR

Pada 2008, variasi SCAR Heat Adaptive Modular Rifle (HAMR) adalah salah satu daripada empat finalis untuk pertandingan Infantry Automatic Rifle (IAR). IAR adalah kelolaan USMC bagi mencari raifal yang bersesuaian. [23] Sistem SCAR kali ini adalah berbeza dari versi SCAR yang sedia ada kerana sistem alat kerja boleh ditukar sama ada menggunakan operasi bolt tertutup atau pun operasi bolt terbuka pada bila-bila masa bergantung pada keadaan suhu laras akibat jumlah das tembakan yang berlarutan. Walaupun sebelum ini terdapat raifal yang menggunakan gabungan sistem operasi bolt terbuka/tertutup, tetapi sistem operasi yang boleh bertukar secara automatik berdasarkan suhu laras adalah merupakan satu inovasi terkini. Persaingan IAR dijangka menghasilkan perolehan USMC sehingga 6500 laras dalam tempoh lima tahun, [24] tetapi akhirnya kemenangan lebih memihak kepada raifal Heckler Koch HK416, [25] kemudian diberi designasi baru sebagai M27 [26]